Tip menjimatkan minyak / petrol



Tip menjimatkan minyak / petrol

1. Bawa di bawah 2000rpm.

2. Jangan tekan pedal minyak secara drastil. Tekan pelahan.

3. Bawa kereta dalam 80-90 km/j. Lagi laju anda membawa kereta sebenarnya lagi tinggi penggunaan minyak.



4. Jaga angin tayar. Jika kurang isi angin tayar secukupnya.

5. Kurangkan beban dalam kereta anda. Pastikan kereta anda tidak membawa beban yang berlebihan. Ini termasuk penggunaan sport-rim pada tayar anda.

>> ALAT JIMAT MINYAK <<

6. Jangan guna air-cond. Menggunakan air-cond bukan sahaja mengurangkan pick-up kereta, ia juga membuatkan penggunakan minyak meningkat.

7. Servis kereta anda ikut jadual. Servis yang berkala selain menjaga enjin kereta anda, ia juga dapat menjimatkan minyak. Enjin yang baik akan melakukan pembakaran dengan sempurna. Enjin yang bermasalah biasanya menggunakan minyak yang banyak.

8. Free gear atau tekan klac sekiranya menuruni bukit.

9. Jangan membawa kereta seperti orang sedang berlumba. Ini kerana penukaran gear secara kasar meningkatkan penggunaan minyak selain merosakkan kereta.

10. Beli atau guna kenderaan yang kecil. CC sesebuah kerena juga menunjukkan jumlah penggunaan minyak. Semakin besar CC sesebuah kereta semakin tinggi penggunaan minyak. Sekiranya anda seorang yang suka berjimat pakailah kenderaan yang kecil sahaja.

11. Kurangkan penukaran gear. Kekerapan penukaran gear turun menyumbang kepada banyaknya penggunaan minyak kenderaan anda. Ini bermakna anda hendaklah elakkan dari ikut jalan yang sesak. Guna jalan yang kurang sesak. Kajian membuktikan bahawa penggunaan minyak dijalan bandar & hingway berbeza. Penggunaan jalan di highway lebih menjimatkan.

12. Sekiranya kesemua tip di atas telah digunakan tapi anda masih berpuas hati dalam menjimatkan minyak kenderaan, anda disaran menaiki motosikal....:). Kalau tak puas hati juga naiklah basikal.

13. Satu lagi cara sekiranya anda tak tau malu... Anda boleh tompang kenderaan member atau sedara untuk ke mana-mana dengan bagi alasan kereta rosak atau buat dek je bila diorang mula mintak kongsi duit minyak...

Nak senang anda guna alat ini --->> KLIK DI SINI
-

No comments:

Post a Comment