Malaysia vs Syria : Kelayakan Olimpik London 2012

 VS

SKUAD Olimpik negara bakal melengkapkan saingan Kumpulan C kelayakan Olimpik zon Asia bertemu Syria di Amman, Jordan esok – perlawanan yang tidak membawa makna kepada peluang ke London 2012 tetapi tetap dianggap penting dan besar oleh pengendali, Ong Kim Swee dan anak buahnya.

“Memang mengecewakan kerana selepas lima perlawanan, kita gagal mengutip sebarang mata, tetapi itulah hakikatnya kedudukan kita dalam rantau Asia berbanding pasukan gergasi seperti Jepun, Syria dan Bahrain,” kata Kim Swee yang berangkat ke Jordan bersama skuad 18 pemain, semalam. 

“Bagaimanapun dari sudut positif, kita dapat lihat kemampuan barisan pemain muda memberi saingan sehingga memaksa lawan bekerja keras untuk mendapatkan kemenangan.
“Ini adalah pendedahan pertama di peringkat antarabangsa buat pemain ini dan saya yakin, jika lebih banyak perlawanan kompetitif seperti ini diharungi, tahap keyakinan dan kematangan pemain akan meningkat.”

Walaupun terlepas peluang ke London, skuad Kim Swee yang bertemu Syria di Amman esok, tidak mengambil mudah perlawanan berkenaan, sebaliknya akan cuba mengutip mata pada peluang terakhir itu.

“Itulah sasaran kami tetapi pada masa sama, saya juga mahu mereka menggunakan peluang ini untuk menguji kemampuan berbanding Syria, terutama beberapa pemain baru yang dipanggil serta pemain simpanan yang tidak banyak beraksi sebelum ini,” kata Kim Swee.

“Saya perlu menyediakan skuad terbaik menjelang kelayakan Piala AFC Bawah 22 yang akan berlangsung Jun ini, jadi selain perlawanan dalam Liga-S yang hanya membabitkan pemain Harimau Muda, inilah medan terakhir menguji skuad pemain Bawah 21 ini.

“Pada Mei, saya akan mengumpul kembali skuad ini, tetapi saya tidak pasti sama ada kami akan mendapat perlawanan persahabatan yang kompetitif seperti ini. Saya merancang untuk menjalani kem latihan di Eropah, tetapi jika tiada kelab besar yang sedia bertemu kami, mungkin saya akan mengadakan latihan di Australia.” 

Ini adalah peluang skuad kendalian Ong Kim Siew untuk meraih sekurang-kurangnya 1 mata. Jom rakyat Malaysia kita sama-sama doa agar kejayaan memihak kepada Malaysia. Walaupun peluang sudah pun tertutp rapat, tidak salah kita doakan agar pasukan muda Malaysia ini mendapat pendedahan dan seterusnya meningkatkan keyakinan mereka kembali setelah mengharungi 5 perlawanan skuad olimpik gagal mendapatkan mata. Sama-sama kita doa untuk masa depan skuad bola sepak negara.

No comments:

Post a Comment