Telinga Dituang Timah Mendidih

Telinga Dituang Timah Mendidih : Allah azab orang suka dengar fitnah, cerita lucah dan gosip.



Dua tokoh agama menjelaskan orang yang menggunakan telinga mendengar perkara dilarang agama akan menerima azab dituang timah mendidih ke dalam telinganya.

Mantan Pengurus Besar Tabung Haji, Datuk Haji Kamal Haji Muhamad, berkata elakkan diri daripada gemar mendengar fitnah, cerita lucah, gosip kerana ini perbuatan yang bercanggah dengan akhlak Islam yang sebenar.

Hadis Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan Abu Hurairah bermaksud : "Orang yang mendengar azan tidak datang kepada solat berjemaah lebih baik disurahkan timah mendidih ke dalam telinganya."


Katanya, keadaan ini serupalah seperti orang yang mendengar seruan yang baik, tetapi tidak mematuhinya.

Menurut Kamal, elakkan telinga daripada suka mendengar keburukan, keaiban orang lain kerana khabar tidak benar akan menjadi umpatan dan fitnah yang boleh memecahkan perpaduan orang Islam.

Firman Allah yang bermaksud : "Sesungguhnya pendengaran dan pelglihatan juga hati, semuanya itu adalah dipertanggungjawabkan ke atasnya dan akan ditanya tentang tanggungjawab tersebut di akhirat kelak."

Oleh itu nasihat saya, gunalah anugerah telinga mendengar seruan perkara mendatangkan manfaat antaranya mendengar ceramah agama, bacaan al-Quran, perkhabaran gembira serta nasihat yang dapat mengingati kehidupan sesudah mati.

Menjaga pendengaran juga adalah kerana takutkan hukuman Allah akan menghidarkan hati menjadi keras.

Firman Allah dalam surah Al-A'raf ayat 179 yang bermaksud : "Dan sesungguhnya kami telah menciptakan untuk Jahanam (neraka) itu banyak daripada jin dan manusia. Mereka mempunyai hati-hati yang mereka tidak memahami dengannya, dan mereka mempunyai mata-mata yang mereka tidak melihat dengannya, dan mereka mempunyai telinga-telinga yang mereka tidak mendengar dengannya. Mereka itulah seperti binatang ternakan, bahkan lebih sesat. Mereka itulah orang-orang yang lalai."

No comments:

Post a Comment