Tanda 100 hari sebelum ajal


Ulama menyatakan Allah SWT akan memberikan beberapa petanda kepada hamba-Nya sebelum nyawa seseorang itu diambil. Tanda-tanda ini hanya disedari oleh mereka yang dikehendakinya. Bagaimana pun, semua orang Islam akan mendapat tanda ini, cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja.

Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya, seperti daging lembu yang beru disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan dapati daging tersebut seakan-akan bergetar.



Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

Tanda 40 hari sebelum hari mati:
Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah S.W.T. Maka Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Dikatakan Malaikat Maut akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari:
Tanda ini diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ia berselera untuk makan.

Tanda 3 hari:
Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.
Telapak kakinya akan terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda 1 hari:
Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan disebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokkan harinya.

Tanda akhir ajal tiba... akan berlaku keadaan di mana kita akan berasakan satu keadaan sejuk dibahagian pusat dan ia akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.
Ketika ini hendaklah kita terus mengucapkan kalimah syahadah dan berdiam diri  dan menantikan kedatangan Malaikat Maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Kematian adalah suatu yang pasti. Sesungguhnya mengingati mati itu adalah bijak. Daripada Allah SWT kita datang, kepada-Nya kita akan kembali.

No comments:

Post a Comment