Bob Kuman perlukan bantuan kita semua

(Bob Kuman kini dan sebelum ini)

KUALA LUMPUR, 17 April: Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.

Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.

Inilah tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi.

Menurut Mazidul dalam laman itu, Bob kini terlantar sakit.

Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya kepada penulis blog itu.

Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047)

[Tazkirah] : Gempa bumi & Tsunami : Amaran dari yang Maha Esa


Gempa bumu yang melanda Aceh semalam menggegarkan dunia sehingga 22 buah negara telah mengeluarkan amaran tsunami. Ia adalah satu "amaran awal" dari Maha Pencipta, bagi mereka yang dapat membaca "ayat Allah" itu dengan mata hati.

Sepastinya bencana semalam mengingatkan kita kepada peristiwa yang lebih besar iaitu taufan dan banjir besar di zaman Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam. Dan juga tsunami pada tahun 2004, dimana kematian mencecah lebih 120,000 dan tsunami di Jepun pada tahun lepas, dimana lebih 15,000 mangsa terkorban.

Membaca Al-Fatihah dengan betul



Al-Fatihah merupakan satu surah yang sangat penting.

Apabila kita bersolat, suatu kemestian membaca Al-Fatihah.

Ilmu Matematik dalam bab Keimanan


Salam...

Kira-kira empat minggu yang lepas, saya ada mendengar ceramah agama di masjid berdekatan dengan rumah. Soal keimanan dalam Islam.

Ringkasnya, apabila kita mengakui kita beriman kepada Allah SWT dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad sebagai petuntuk dan panduan, ia mestilah diterima dan diikuti seluruhnya. Bukan mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.

[Audio] Zikir Munajat dari Ust. Badrul Amin

Salam...

Sesekali dengar zikir elok juga kan. Ni asyik rock kapak je.. Sesekali layan la sesuatu yang boleh menginsafi dan mengingatkan kita pada Allah. Bukan lama pun. Kalau dengar muzik dari pagi sampai ke malam boleh. Cuba peruntukan 30 minit berzikir, dengar bacaan ayat suci Al-Quran.

Peringatan ini bukan untuk anda sahaja, tetapi lebih kepada mengingati diri sendiri.


4 jenis lelaki yang ditarik perempuan ke neraka










  
Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..

Belajar membaca Al-Quran dengan betul

Umat Islam adalah merupakan bilangan penganut paling tinggi sekali di dunia. Namun adakah umat Islam kini tahu serta mahir intipati umat Islam itu sendiri. Apa initipati umat Islam ? Sudah tentu Al-Quran. Menjadi bilangan penganut paling ramai di dunia memang menjadi satu kebanggaan. Tapi bangkakah kita bilangan umat Islam yang tahu membaca serta memahami isi kandungan Al-Quran itu sendiri.

Satu persoalan yang telah lama di perbincangkan, kini di bincangkan lagi. Kalau dahulu kelas-kelas Al-Quran, teknik Iqrar dan teknik Al-Baqdadi menjadi pilihan. Tetapi kini Al-Quran menjadi perhatian bagi umat Islam membaca serta memahami isi kandungannya.