Ranking terkini pasukan bola sepak Malaysia

Berikut adalah kedudukan terkini pasukan Malaysia, Indonesia, Singapore dan Thailand.
Walaupun baru sahaja memenangi kembali Pingat Emas Sukan Sea penghujung 2011, ranking pasukan Malaysia masih lagi berada paling bawah di antara 3 negara jiran yang lain. Malaysia kena berusaha lagi untuk memastikan kedudukan ranking berada di atas selaku pemenang Pingat Emas.

Senarai top blogger berbahasa Melayu 2011

Berikut adalah senarai Top Blogger di Malaysia 2011 untuk edisi blog bahasa melayu. Pengiraan kedudukan blog berdasarkan ranking Alexa sesebuah blog di Malaysia. Alexa merupakan pengukur jumlah traffik atau pelawat sesebuah blog dan ranking akan diupdate pada setiap hari.

1. Beautiful Nara ( Alexa 64/ 11,804  )
2. Blog Serius ( Alexa 89/ 18,400)
3. Denai Hati (Alexa 108/ 22,179  )
4. Ohbulan (Alexa 123/ 22,883 )
5. Amanz.my (Alexa 135/ 30,351)
6. Itsmesaiful (Alexa 148/ 38,729)
7. Milosuam (Alexa 209/ 42,409)
8. 2Dayblogger.com (Alexa 212/ 32,035)
9. Oh!Artis ( Alexa 228/ 55,490)
10. Mummynemo.com ( Alexa 246/ 55,793)
11.BenAshaari.com (Alexa 270/41,402 )
12. Informasi.my (Alexa 272/ 95,367)
13. AkuStressgiler (Alexa 295/ 77,891)
14. Papagomo.com ( Alexa 299/ 46,430)
15. Tukartiub   ( Alexa 300/ 46,877)
16. PuanBee.com (Alexa 334/ 49,889)
17. CikEpal (Alexa 348/ 50,339)
18. Ariffshah.com (Alexa 354/ 54,384)
19. BorakKosong (Alexa 357/ 65,532)
20. Abgteror.com (Alexa 374/75,306 )
21. Melvister.com (Alexa 379/ 64,824)
22. AyeemAyam.com (Alexa 380/ 95,733)
23. EncikNakal.com (Alexa 386/ 70,073 )
24. Oh!Tidak (Alexa 387/70,543)
25. Kujie2.com (Alexa 393/ 50,012)
26. Ammboi.com (Alexa 403/ 65,864)
27. Rotikaya       (Alexa 456/ 119, 260)
28. Greenboc   (Alexa 464/ 87,140)
29. Aku-freaky-falcon (Alexa 458/ 95,158 )
30. Redmummy       (Alexa 462/82,870)
31. Faizalfredley (Alexa 498/ 71,842 )
Nota: Ranking alexa diupdate pada 16 september 2011

Sumber: Senarai Top Blogger Malaysia 2011 Bahasa Melayu | melvister.com

Bila la nak berada dalam senarai...

Kim Swee 'selesa' undian Piala AFC

pix_gal0
UNDIAN kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah-22 boleh dikatakan memihak pasukan negara apabila berjaya mengelak dua pasukan gergasi Asia dalam satu kumpulan, tetapi peluang layak ke kejohanan julung kali itu, tahun depan akan lebih terbuka andai Malaysia mengambil kesempatan menjadi tuan rumah.

“Kita perlu rebut peluang ini, bermain di laman sendiri akan memberi kita banyak kelebihan,” kata jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee yang menarik nafas lega apabila diundi dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Taiwan dan Filipina.

“Saingan utama tentunya dari Korea Selatan dan Vietnam, dan saya rasa perlawanan menentang Vietnam bakal menjadi penentu peluang kita pada pusingan kelayakan ini. Jadi jika kita bermain di laman sendiri, tentunya peluang kita semakin cerah.
Saya rasa perlawanan menentang Vietnam bakal menjadi penentu peluang kita pada pusingan kelayakan ini. - Ong Kim Swee, Jurulatih
“Walaupun kejohanan ini diadakan buat pertama kali oleh AFC, ia cukup penting kerana ia menggantikan kelayakan Olimpik yang diadakan sebelum ini. Sekiranya layak beraksi dalam kejohanan itu tahun depan, kita akan diletakkan sebagai pasukan pilihan pada kejohanan 2015 yang menjadi penentu kepada kelayakan Olimpik 2016.”

Hari ini Kim Swee akan kembali bersama skuad Olimpik kebangsaan untuk perlawanan kedua terakhir peringkat kumpulan bertemu Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Februari. “Walaupun kita tidak lagi layak ke London, saya harap pemain akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi saingan dan mempertahan maruah negara apabila menentang Jepun nanti,” kata Kim Swee.

Hanya tiga pemain – Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal (digantung perlawanan) dan Ahmad Hazwan Bakri (cedera hamstring) – tidak dapat diturunkan pada perlawanan Jepun nanti, manakala Fadhli Shas akan kembali mengisi benteng pertahanan selepas digantung pada perlawanan lalu (menentang Bahrain).

KUMPULAN G (Zon Timur): Korea Selatan, Vietnam, MALAYSIA, Myanmar, Taiwan, Filipina

Jangan terlalu cepat selesa. Kena usaha lebih gigih dan tutup segala kekurangan yang ada. 

Siasatan Air kencing Apek positif

HADIR...Saiful Apek kelihatan ceria di mahkamah, semalam.
PETALING JAYA: Pelawak terkenal, Saiful Apek bersama tiga rakannya termasuk seorang wanita didapati positif dadah jenis ganja melalui ujian saringan awal air kencing ke atas mereka selepas ditahan dalam satu operasi, dua tahun lalu.

Perkara itu disahkan pegawai polis mengendalikan ujian saringan terbabit, Sarjan M Sanggar, 48, selepas diarahkan Cif Inspektor Mohd Shaifuddin Zulkifli yang mengetuai serbuan di kondominium di Bandar Sunway pada jam 10 malam, 12 Jun 2010.

Menurutnya, ujian ke atas sampel air kencing itu dibuat di hadapan setiap suspek dengan memasukkan stik penguji THC berfungsi mengesan kehadiran ganja dalam air kencing.

“Ujian saringan dilakukan di hadapan mereka satu persatu dan semua bekas spesimen itu kemudian dilabelkan dengan nama penuh, nombor kad pengenalan serta tarikh ujian dijalankan.

“Sebelum melabel, saya memaklumkan setiap suspek hasil ujian berkenaan semuanya didapati positif dadah,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Ishrakh Saad.

Piala Thomas : Malaysia lepasi halangan pertama

Malaysia melepasi halangan pertama menentang HongKon.

Perlawanan skuad Piala Thomas Malaysia lwn Hongkong yang berlangsung pada 9.00 pagi dengan keputusan 3-2. Chong Wei Lee vs Wing Ki Wong - 21-18 22-20, Kien Keat Koo, Boon Heong Tan vs Lok Kei Lo, Chun Yiu Leung 21-9 21-14, Muhammad Hafiz Hashim vs Yun Hu 20-22 18-2, Khim Wah Lim, V Shem Goh vs Wai Hong Wong, Chun Hei Lee 21-14 21-16 dan Daren Liew vs Yan Kit Chan 21-17 16-21 19-21.

Manakala skuad piala Uber yang tewas dengan China 1-4 bangkit dengan kemenagan 3-2 ke atas India menjadikan Li Lian Yang (gambar) sebagai penyelamat. Berikut adalah keputusan perlawanan ; Saina Nehwal vs Jing Yi Tee 21-17 21-16    1-0, Jwala Gutta, Ashwini Ponnappa vs Eei Hui Chin, Pei Tty Wong 12-21 16-21, Sindhu P. V. vs Lydia Li Ya Cheah 16-21 21-13 21-9, Prajakta Sawant, Pradnya Gadre vs Liu Ying Goh, Vivian Kah Mun Hoo 17-21 17-21 dan Sayali Gokhale vs Li Lian Yang 21-11 15-21 20-22.



Skuad Piala Thomas Malaysia akan bertema Korea Selatan pada 6.30 ptg. Jangan lupa layari web tournamentsoftware.com.

Tengok keputusan terkini pusingan kelayakan Piala Thomas / Malaysia di internet

Salam..
Sape nak tengok keputusan terkini secara live.
Apa-apa game sekali pun. Sekarang ni musim kelayakan Piala Thomas / Uber.
Pun boleh tengok. Cuba pergi kelaman web http://www.tournamentsoftware.com/


Pastu pilih la game mana yang anda nak tengok.
Ok, layan.