Bob Kuman perlukan bantuan kita semua

(Bob Kuman kini dan sebelum ini)

KUALA LUMPUR, 17 April: Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.

Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.

Inilah tulisan dalam blog Mazidul Akmal Sidek, personaliti TV3 mengenai Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi.

Menurut Mazidul dalam laman itu, Bob kini terlantar sakit.

Menurut blog itu, Bob kini amat memerlukan mesin dilengkapi tangki oksigen namun setakat ini tidak mampu untuk menyewa keperluan itu.

“Bang, sekarang ini saya hanya ada RM36 dalam akaun simpanan,” bisiknya kepada penulis blog itu.

Bob kini sedang berada dalam keadaan lemah, tidak mampu bergerak, apatah lagi untuk keluar dari rumah di Seksyen 11, Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Kepada pembaca yang ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI, Maybank 112371007047)

[Tazkirah] : Gempa bumi & Tsunami : Amaran dari yang Maha Esa


Gempa bumu yang melanda Aceh semalam menggegarkan dunia sehingga 22 buah negara telah mengeluarkan amaran tsunami. Ia adalah satu "amaran awal" dari Maha Pencipta, bagi mereka yang dapat membaca "ayat Allah" itu dengan mata hati.

Sepastinya bencana semalam mengingatkan kita kepada peristiwa yang lebih besar iaitu taufan dan banjir besar di zaman Nabi Allah Nuh Alayhi as-Salaam. Dan juga tsunami pada tahun 2004, dimana kematian mencecah lebih 120,000 dan tsunami di Jepun pada tahun lepas, dimana lebih 15,000 mangsa terkorban.

Membaca Al-Fatihah dengan betul



Al-Fatihah merupakan satu surah yang sangat penting.

Apabila kita bersolat, suatu kemestian membaca Al-Fatihah.

Ilmu Matematik dalam bab Keimanan


Salam...

Kira-kira empat minggu yang lepas, saya ada mendengar ceramah agama di masjid berdekatan dengan rumah. Soal keimanan dalam Islam.

Ringkasnya, apabila kita mengakui kita beriman kepada Allah SWT dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad sebagai petuntuk dan panduan, ia mestilah diterima dan diikuti seluruhnya. Bukan mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.