Tip menjimatkan minyak / petrol



Tip menjimatkan minyak / petrol

1. Bawa di bawah 2000rpm.

2. Jangan tekan pedal minyak secara drastil. Tekan pelahan.

3. Bawa kereta dalam 80-90 km/j. Lagi laju anda membawa kereta sebenarnya lagi tinggi penggunaan minyak.

Merokok : Anda diperbodohkan Yahudi


Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yang cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yang mendalami bidang genes dan DNA. 

Amir dapat kerja, kereta dan rumah.

HIDUP BARU...Jamhuri (dua dari kanan)  memberi penerangan kepada Amir (kanan)  yang bakal bekerja di syarikatnya.
HIDUP BARU...Jamhuri (dua dari kanan) memberi penerangan kepada Amir (kanan) yang bakal bekerja di syarikatnya. 
KUALA SELANGOR: “Saya akan mulakan hidup baru dengan emak di sini dan berharap dengan kerja baru ini, saya dapat membalas jasanya,” kata kata Amir Mohd Omar, 27, pemuda yang terpaksa meninggalkan ibunya, Faridah Maulud, 66, di sebuah hotel bajet, di Jalan Raja Muda di sini, minggu lalu.

Siapa nak tengok mesin judi gergasi

 

KLANG, 15 Mac: Sebuah mesin judi gergasi antara barang yang disita dalam satu operasi yang dilakukan Jabatan Penguatkuasa, Majlis Perbandaran Klang (MPK) sekitar Klang Utara di sini, baru-baru ini.

Timbalan Pengarah Jabatan Penguatkuasa, Shahrul Hazri Abd Majid berkata, tiga premis diserbu dan 54 komputer disita termasuk sebuah mesin judi gergasi yang mencuri perhatian pengunjung di situ.

Menurutnya, tiga lokasi berkenaan ialah di Klang Utara, Bandar Baru Klang dan Kampung Jawa serta pada masa yang sama pihaknya juga mengadakan pemeriksaan ke atas premis-premis yang lain.

Malek Nor Sokong Perlaksanaan Hudud

 

 (Malek Nor dan Aziz Desa dalam sessi sembang petang di KTC)

KOTA BHARU, 14 Mac: Kerajaan diminta mengkaji semula undang-undang  yang ada  termasuk menimbang untuk melaksanakan hukum hudud khususnya berhubung jenayah memandangkan hukuman yang dikenakan terhadap ‘pendera’ kanak-kanak begitu ringan.

Bekas jaguh bina badan Asia, Datuk Malek Noor, berkata sekiranya kerajaan ingin melaksanakan hukuman hudud beliau adalah orang pertama yang akan menyokongnya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas majlis sembang petang bersama Datuk Malek Nor sempena Pekan Buku anjuran bersama Dewan Bahasa dan Pusataka Wilayah Timur, Kelantan Trade Canter (KTC) dan Buroqoil.

Tiket ke Olimpik 2012 : Harapan pada skuad hoki.





AWAS amukan Korea Selatan. Itu perkataan paling tepat menggambarkan situasi perlawanan membabitkan skuad negara dengan lawan yang menduduki ranking keenam dunia itu pada perlawanan keempat kempen kelayakan Sukan Olimpik di Dublin, Ireland hari ini.

Apa tidaknya, ketika skuad negara selesa meraih sembilan mata penuh selepas tiga perlawanan, Korea yang menjadi pasukan pilihan utama pada kempen kelayakan kali ini, terpaksa berpuas hati apabila diikat tuan rumah 1-1 semalam sekali gus meletakkan mereka di kedudukan ketiga di belakang Ireland, ketinggalan dua mata berbanding skuad negara yang menduduki tangga teratas.

Situasi itu pasti mengancam peluang mereka untuk menempah tiket ke saingan final dan pertemuan menentang skuad negara cukup genting bagi mereka untuk mencatat kemenangan.
Namun di sebalik keghairahan Korea untuk membenam Malaysia, ketua jurulatihnya, Shin Seok Kyo sedar anak buahnya bakal berdepan kesukaran sambil mengakui skuad negara dilengkapi dengan beberapa pemain berbahaya.

Bola Sepak Kelayakan Olimpik : Malaysia tamatkan pusingan tanpa mata.



Malaysia mengakhiri kempen kelayakan Olimpik London 2012 dengan tanpa mengutip sebarang. Kalah dalam semua perlawanan menggambarkan bahawa pasukan bola sepak sebenarnya jauh lagi keupayaan untuk menyaingi di peringkat Asia.

Kekalahan terbaru pada skuad Syria (0-3) mengakhiri segala-galanya. FAM harus bertindak segera memikiran perancangan berterusan agar Malaysia tidak ketinggalan dalam terus bersaing di peringkat Asia sebelum bermimpi untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia.