Showing posts with label olimpik 2012. Show all posts
Showing posts with label olimpik 2012. Show all posts

Tiket ke Olimpik 2012 : Harapan pada skuad hoki.





AWAS amukan Korea Selatan. Itu perkataan paling tepat menggambarkan situasi perlawanan membabitkan skuad negara dengan lawan yang menduduki ranking keenam dunia itu pada perlawanan keempat kempen kelayakan Sukan Olimpik di Dublin, Ireland hari ini.

Apa tidaknya, ketika skuad negara selesa meraih sembilan mata penuh selepas tiga perlawanan, Korea yang menjadi pasukan pilihan utama pada kempen kelayakan kali ini, terpaksa berpuas hati apabila diikat tuan rumah 1-1 semalam sekali gus meletakkan mereka di kedudukan ketiga di belakang Ireland, ketinggalan dua mata berbanding skuad negara yang menduduki tangga teratas.

Situasi itu pasti mengancam peluang mereka untuk menempah tiket ke saingan final dan pertemuan menentang skuad negara cukup genting bagi mereka untuk mencatat kemenangan.
Namun di sebalik keghairahan Korea untuk membenam Malaysia, ketua jurulatihnya, Shin Seok Kyo sedar anak buahnya bakal berdepan kesukaran sambil mengakui skuad negara dilengkapi dengan beberapa pemain berbahaya.

Bola Sepak Kelayakan Olimpik : Malaysia tamatkan pusingan tanpa mata.



Malaysia mengakhiri kempen kelayakan Olimpik London 2012 dengan tanpa mengutip sebarang. Kalah dalam semua perlawanan menggambarkan bahawa pasukan bola sepak sebenarnya jauh lagi keupayaan untuk menyaingi di peringkat Asia.

Kekalahan terbaru pada skuad Syria (0-3) mengakhiri segala-galanya. FAM harus bertindak segera memikiran perancangan berterusan agar Malaysia tidak ketinggalan dalam terus bersaing di peringkat Asia sebelum bermimpi untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia.

Malaysia vs Syria : Kelayakan Olimpik London 2012

 VS


SKUAD Olimpik negara bakal melengkapkan saingan Kumpulan C kelayakan Olimpik zon Asia bertemu Syria di Amman, Jordan esok – perlawanan yang tidak membawa makna kepada peluang ke London 2012 tetapi tetap dianggap penting dan besar oleh pengendali, Ong Kim Swee dan anak buahnya.

“Memang mengecewakan kerana selepas lima perlawanan, kita gagal mengutip sebarang mata, tetapi itulah hakikatnya kedudukan kita dalam rantau Asia berbanding pasukan gergasi seperti Jepun, Syria dan Bahrain,” kata Kim Swee yang berangkat ke Jordan bersama skuad 18 pemain, semalam.