Showing posts with label All England. Show all posts
Showing posts with label All England. Show all posts

[Video] Final All England 2012 : Lee Chong Wei vs Lin Dan

Sesiapa yang terlepas melihat aksi akhir All England 2012 anda boleh lihat video di bawah :


All England 2012 : Lee Chong Wei cedera bahu.

CHONG Wei  mendapat rawatan perubatan  pada final Seluruh England di Arena Tertutup Nasional Birmingham, awal pagi semalam.

Lee Chong Wei tarik diri pada perlawanan akhir All England. Dengan kecederaan yang dialami olehnya, ia patut menarik diri. Persediaan untuk memenangi pingat Emas Olimpik menjadi keutamaan. Kederaan yang berlarutan akan hanya merugikan Lee Chong Wei.

Pada perlawanan menentang Lin Dan, saya sedang menyaksikannya di tv. Ternyata pada perlawanan tersebut dapat saya lihat Lee Chong Wei tidak menggunakan 100% tenaga. Ini mungkin disebabkan kecederaan bahu.

Update : All England 2012

Berita terbaru.

Tinggal Lee Chong Wei, Liew Darren dan bergu campuran Peng Soon CHAN & Liu Ying GOH.

Yang lain gagal ke pusingan seterusnya.

All England 2012 - Keputusan pemain Malaysia

7 Mac 2012

6 berugu tumbang dari 9 kesemuanya.

3 Perseorangn layak

Lihat keputusan penuh : KLIK

Malaysia : YONEX All England Open Championship 2012



Keputusan perlawanan membabitkan pemain Malaysia adalah seperti berikut :

Pusingan kelayakan : 6-3-2012

klik link berikut : CLICK
                         

All Englang : Peluang Lee Chong Wei catat hatrik.

pix_gal0
WALAUPUN sasaran utama adalah Sukan Olimpik Julai depan, jaguh perseorangan negara, Lee Chong Wei diingatkan tidak melepaskan peluang keemasan melakar hatrik menjuarai kejohanan tertua badminton dunia Seluruh England di Birmingham yang disingkap tirainya esok.

Ahli Panel Pasukan Prestasi Tinggi (HPT) Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk James Selvaraj berkata, peluang melakar hatrik dalam kejohanan berprestij itu tidak harus dilepaskan oleh pemain 30 tahun itu kerana ia akan menobatkan namanya dalam catatan sejarah selaku pemain kedua negara memenanginya tiga kali berturut-turut selepas legenda Wong Peng Soon.

“Seluruh England adalah kejohanan berprestij dan sudah tentu menjadi kepuasan dan kebanggaan kepada mana-mana pemain memenanginya, apalagi mencipta hatrik. Lagipun, saya yakin andai dia berjaya, ia akan menguatkan keyakinannya untuk menghadapi London 2012,” katanya semalam.

James berkata, pemain kelahiran Pulau Pinang itu bagaimanapun tetap perlu berhati-hati dengan peningkatan prestasi seteru utama Lin Dan seperti yang dipamerkan juara empat kali Seluruh England itu ketika membenam Simon Santoso 21-11, 21-11 ketika mengungguli Terbuka Jerman, kelmarin.

“Namun, saya yakin kelebihan masih milik Chong Wei kerana undian menyaksikan dia tidak perlu berdepan dua pemain utama China, Chen Long dan Chen Jin dalam saingan peringkat awal kerana kedua-duanya diundi dalam undian sebelah bawah bersama Lin Dan,” katanya.

Walaupun tanpa kelibat Cheng Long atau Chen Jin, Chong Wei tidak dapat lari daripada bayangan pemain China kerana menantinya dalam pusingan pertama esok ialah pemain muda China, Wang Zhengming.

Begitupun pemain nombor satu dunia itu tidak harus berdepan masalah kerana rekod pertemuan jelas memihak Chong Wei yang memenangi semua empat pertemuan dengan pemain muda yang berada di ranking ke-16 dunia itu.