Showing posts with label piala AFC. Show all posts
Showing posts with label piala AFC. Show all posts

Piala AFC 2012 - Kelantan gagal manfaat tempat sendiri.

PEMAIN Kelantan, Mohd Nurul Azwan Roya (kanan) bergelut dengan pemain Navibank, Luong Van Doc during dalam saingan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
PEMAIN Kelantan, Mohd Nurul Azwan Roya (kanan) bergelut dengan pemain Navibank, Luong Van Doc during dalam saingan di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.
 
Hodak guna semua tonggak pemain import

KELANTAN memulakan kempen Piala AFC 2012 dengan sekadar meraih satu mata selepas seri 0-0 ketika bertemu kelab Vietnam, Navibank Saigon pada aksi sulung Kumpulan H yang terganggu akibat permukaan padang bertakung di Stadium Nasional, Bukit Jalil, malam tadi.
Pelawat yang dibimbing Pham Cong Loc hanya berjaya menguasai babak awal permainan tetapi beberapa percubaan mereka mudah diselamatkan penjaga gol Kelantan, Khairul Fahmi Che Mat.
Jurulatih baru Kelantan, Bojan Hodak menurunkan semua empat importnya – Obinna Nwaneri di posisi pertahanan manakala Mohamad Ghaddar, Nwoha Onyekachi dan Dennis Antwi menerajui jentera serangan.

“Pemain tampak gementar pada 15 hingga 20 minit pertama tetapi selepas rehat mereka lebih yakin apabila menguasai permainan. Cuma keadaan padang agak sukar dan kami tiada sentuhan penyudah. Apa pun ini bukan satu keputusan buruk,” kata pengendali baru skuad The Red Warriors itu.

Pada minit ke-41, kira-kira 3,000 penyokong setia Kelantan yang hadir kecewa apabila pengadil, Yu Ming Hsun dari Taiwan enggan memberi sepakan penalti biarpun Ghaddar dijatuhkan kapten pelawat, Phan Van Tai Em.

Hujan yang semakin lebat pada penghujung separuh masa pertama menyebabkan aksi babak kedua berlangsung dalam keadaan kurang lancar apabila hampir separuh bahagian padang ditakungi air.
Bagi menambah sengat di bahagian serangan, Hodak membawa masuk S Chanthuru menggantikan Antwi pada minit ke-72 dan Nor Farhan Muhammad menggantikan Nurul Azwan Roya minit ke-80, namun segala usaha Kelantan tetap gagal menembusi kekebalan penjaga gol naturalisasi dari Brazil, Phan Van Santos.

Sementara itu, dalam aksi lain Kumpulan H, Arema Indonesia gagal memanfaatkan kelebihan laman sendiri apabila sekadar seri 1-1 dengan Kelab Myanmar, Ayeyawady United di Stadium Gajayana, Malang.

Pada pertemuan timbal balik di harap Kelantan dapat tiga mata penuh.

Kim Swee 'selesa' undian Piala AFC

pix_gal0
UNDIAN kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah-22 boleh dikatakan memihak pasukan negara apabila berjaya mengelak dua pasukan gergasi Asia dalam satu kumpulan, tetapi peluang layak ke kejohanan julung kali itu, tahun depan akan lebih terbuka andai Malaysia mengambil kesempatan menjadi tuan rumah.

“Kita perlu rebut peluang ini, bermain di laman sendiri akan memberi kita banyak kelebihan,” kata jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee yang menarik nafas lega apabila diundi dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Taiwan dan Filipina.

“Saingan utama tentunya dari Korea Selatan dan Vietnam, dan saya rasa perlawanan menentang Vietnam bakal menjadi penentu peluang kita pada pusingan kelayakan ini. Jadi jika kita bermain di laman sendiri, tentunya peluang kita semakin cerah.
Saya rasa perlawanan menentang Vietnam bakal menjadi penentu peluang kita pada pusingan kelayakan ini. - Ong Kim Swee, Jurulatih
“Walaupun kejohanan ini diadakan buat pertama kali oleh AFC, ia cukup penting kerana ia menggantikan kelayakan Olimpik yang diadakan sebelum ini. Sekiranya layak beraksi dalam kejohanan itu tahun depan, kita akan diletakkan sebagai pasukan pilihan pada kejohanan 2015 yang menjadi penentu kepada kelayakan Olimpik 2016.”

Hari ini Kim Swee akan kembali bersama skuad Olimpik kebangsaan untuk perlawanan kedua terakhir peringkat kumpulan bertemu Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Februari. “Walaupun kita tidak lagi layak ke London, saya harap pemain akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi saingan dan mempertahan maruah negara apabila menentang Jepun nanti,” kata Kim Swee.

Hanya tiga pemain – Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal (digantung perlawanan) dan Ahmad Hazwan Bakri (cedera hamstring) – tidak dapat diturunkan pada perlawanan Jepun nanti, manakala Fadhli Shas akan kembali mengisi benteng pertahanan selepas digantung pada perlawanan lalu (menentang Bahrain).

KUMPULAN G (Zon Timur): Korea Selatan, Vietnam, MALAYSIA, Myanmar, Taiwan, Filipina

Jangan terlalu cepat selesa. Kena usaha lebih gigih dan tutup segala kekurangan yang ada.