Showing posts with label bola sepak. Show all posts
Showing posts with label bola sepak. Show all posts

Bola Sepak Kelayakan Olimpik : Malaysia tamatkan pusingan tanpa mata.



Malaysia mengakhiri kempen kelayakan Olimpik London 2012 dengan tanpa mengutip sebarang. Kalah dalam semua perlawanan menggambarkan bahawa pasukan bola sepak sebenarnya jauh lagi keupayaan untuk menyaingi di peringkat Asia.

Kekalahan terbaru pada skuad Syria (0-3) mengakhiri segala-galanya. FAM harus bertindak segera memikiran perancangan berterusan agar Malaysia tidak ketinggalan dalam terus bersaing di peringkat Asia sebelum bermimpi untuk layak ke pusingan akhir Piala Dunia.

Zakuan Adha kembali menemui sentuhan..

PEMAIN Tentera, Zaquan Adha menjaringkan gol pertama perlawanan menentang USM FC di sini, malam tadi.
PEMAIN Tentera, Zaquan Adha menjaringkan gol pertama perlawanan menentang USM FC di sini, malam tadi.
TENTERA kembali merampas takhta Liga Perdana daripada Pahang apabila mengatasi USM FC, 4-0 dalam saingan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

Sebaik aksi separuh masa pertama dimulakan, Tentera dilihat lebih banyak menguasai permainan dengan melancarkan serangan bertali arus ke gawang USM yang dikawal Mohd Al-Hafiz Hamzah namun gagal menemui sasaran.
Begitupun, pada minit ke-33 kesungguhan tuan rumah akhirnya berhasil apabila penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak bijak menolak masuk ke dalam gawang untuk memecah kebuntuan.
Selang empat minit, larian solo kapten Tentera, Hairuddin Omar meletakkan pasukannya selesa 2-0 di depan dan kedudukan kekal sehingga tamat babak pertama.

Bersambung pada babak kedua, USM yang dibimbing S Valoo, cuba tampil lebih garang namun serangan yang dihasilkan mudah dipatahkan barisan pertahanan Tentera dan penjaga gol, Farizal Harun.

Tentera yang banyak bertahan di babak kedua, menceriakan kira-kira 2,000 penyokong apabila Christie Jayaselan menjaringkan gol ketiga selepas merembat kencang bola hantaran lintang Vanice Elphi dari sebelah kanan pintu gol USM.

Vanice turut menjadi pencetus jaringan keempat Tentera selepas hantarannya dari sebelah kiri ditanduk masuk A Varanthan pada minit ke 88 untuk melengkapkan kemenangan selesa skuad bimbingan B Sathianathan.

Harap-harap momentum ini dapat diteruskan.

Kim Swee 'selesa' undian Piala AFC

pix_gal0
UNDIAN kelayakan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) Bawah-22 boleh dikatakan memihak pasukan negara apabila berjaya mengelak dua pasukan gergasi Asia dalam satu kumpulan, tetapi peluang layak ke kejohanan julung kali itu, tahun depan akan lebih terbuka andai Malaysia mengambil kesempatan menjadi tuan rumah.

“Kita perlu rebut peluang ini, bermain di laman sendiri akan memberi kita banyak kelebihan,” kata jurulatih skuad Harimau Muda A, Ong Kim Swee yang menarik nafas lega apabila diundi dalam Kumpulan G bersama Korea Selatan, Vietnam, Myanmar, Taiwan dan Filipina.

“Saingan utama tentunya dari Korea Selatan dan Vietnam, dan saya rasa perlawanan menentang Vietnam bakal menjadi penentu peluang kita pada pusingan kelayakan ini. Jadi jika kita bermain di laman sendiri, tentunya peluang kita semakin cerah.
Saya rasa perlawanan menentang Vietnam bakal menjadi penentu peluang kita pada pusingan kelayakan ini. - Ong Kim Swee, Jurulatih
“Walaupun kejohanan ini diadakan buat pertama kali oleh AFC, ia cukup penting kerana ia menggantikan kelayakan Olimpik yang diadakan sebelum ini. Sekiranya layak beraksi dalam kejohanan itu tahun depan, kita akan diletakkan sebagai pasukan pilihan pada kejohanan 2015 yang menjadi penentu kepada kelayakan Olimpik 2016.”

Hari ini Kim Swee akan kembali bersama skuad Olimpik kebangsaan untuk perlawanan kedua terakhir peringkat kumpulan bertemu Jepun di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 22 Februari. “Walaupun kita tidak lagi layak ke London, saya harap pemain akan berusaha sebaik mungkin untuk memberi saingan dan mempertahan maruah negara apabila menentang Jepun nanti,” kata Kim Swee.

Hanya tiga pemain – Gary Steven Robbat, Wan Zack Haikal (digantung perlawanan) dan Ahmad Hazwan Bakri (cedera hamstring) – tidak dapat diturunkan pada perlawanan Jepun nanti, manakala Fadhli Shas akan kembali mengisi benteng pertahanan selepas digantung pada perlawanan lalu (menentang Bahrain).

KUMPULAN G (Zon Timur): Korea Selatan, Vietnam, MALAYSIA, Myanmar, Taiwan, Filipina

Jangan terlalu cepat selesa. Kena usaha lebih gigih dan tutup segala kekurangan yang ada.