Ilmu Matematik dalam bab Keimanan


Salam...

Kira-kira empat minggu yang lepas, saya ada mendengar ceramah agama di masjid berdekatan dengan rumah. Soal keimanan dalam Islam.

Ringkasnya, apabila kita mengakui kita beriman kepada Allah SWT dengan Al-Quran dan Sunnah Nabi Muhammad sebagai petuntuk dan panduan, ia mestilah diterima dan diikuti seluruhnya. Bukan mengambil sebahagian dan meninggalkan sebahagian yang lain.


Umpamanya, beriman pada Allah SWT hendahlah mengikuti perintahnya dan meninggalkan larangannya. Bukan setakat solat fardu lima kali sehari, berpuasa di bulan Ramadhan, Zakat dan Mengerjakan Haji sahaja. Ia lebih dari itu. Menjaga waktu solat fardu, berjimat-cermat dalam berbuka puasa serta bersedekah selain mengeluarkan zakat.

Selain daripada itu, dalam memberi galakan dan kesedaran orang Islam mengeluarkan zakat kita juga sepatutnya melakukan perkara yang sama dengan memberi penerangan dan kesedaran dari amalan riba.

Apabila kita bergelar orang Islam, biarlah berusaha menjadi orang Islam yang beriman dan bertakwa kepada Allah. Menerima Islam seluruhnya samada dari segi ibadat, akidah, ekonomi, mumalat, perundangan, politik dan pentadbiran serta sosial dalam Islam. Bukankah Islam itu agama yang lengkap dan sempurna. Apabila kita kata lengkap dan sempurna, maka ia melingkupi dari segala aspek. Bergelar orang Islam belum tentu kita dimasukkan ke syurga. Ini kerana, umat Nabi Muhammad akan terpecah kepada 73 golongan dan cuma 1 golongan sahaja yang akan masuk syurga.

Diriwayatkan oleh Imam Thabrani, ”Demi Tuhan yang memegang jiwa Muhammad di tangan-Nya, akan berpecah umatku sebanyak 73 firqah, yang satu masuk Syurga dan yang lain masuk Neraka.” Bertanya para Sahabat: “Siapakah (yang tidak masuk Neraka) itu Ya Rasulullah?” Nabi menjawab: “Ahlussunnah wal Jamaah.”

Di akhir-akhir ceramah tersebut, Ustaz tersebut merumuskan bahawa dalam beriman kepada Allah SWT ia mesti menerima 100% perintah dan larangannya. Dalam ilmu matematik biasa, 100 tolak 1 bersamaan dengan 99. Tetapi tidak dalam dalam keimanan. Ia akan menjadi 100 tolak 1 bersamaan 0. Maknanya, apabila kita tidak mempercayai dan ingkar walau satu perkara dalam Islam maka ia masih tidak dikira beriman. Ia juga membawa maksud, apabila anda menolak satu hukum Allah, maka anda memiliki 99% keimanan. Itu perkiraan yang salah dan tidak sama dengan ilmu matematik biasa.

Contoh, kta mengeluarkan zakat dan pada masa yang sama mengambil ringan atau tidak peduli dalam berhubungan riba maka tunggu sahaja pembalasan sehinggakan dalam Al-Quran ada menyebut Allah akan memerangi orang yang mengambil riba'.

Contoh lain, seperti tidak mempercayai hukum Hudud dan mengatakan ia ketinggalan zaman. Walaupun anda seorang ahli ibadat. Maka iman anda diragui.

Surat Al-Baqarah 279
Artinya :
"Maka jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah, bahwa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka bagimu pokok hartamu; kamu tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya."



*saya bukan pelajar sekolah agama, jauh sekali sebagai ustaz. Cuma sekadar berkongsi matlumat.

No comments:

Post a Comment